Proses
mencari dan menyediakan bahan. Bagi penyediaan rangka penulisan saya yang
pertama iaitu tentang keadilan islam, objektif saya ialah mengetahui konsep dan
definisi keadilan dalam islam dan juga mengenalpasti sejauh mana kefahaman
tentang keadilan dalam islam. Oleh itu bahan yang perlu saya cari adalah berkaitan
dengan apa yang ingin saya sampaikan. Saya perlu lebih mengetahui tentang apa
yang ingin saya sampaikan. Seterusnya, saya mencari rujukan dalam internet dan
rujukan di perpustakaan. Di dalam internet saya mencari laman-laman berkaitan
dengan keadilan dalam islam, konsep islam, pengertian keadilan dan islam dan
yang berkaitan dengan keadilan islam. Seterusnya, saya mencari bahan di
perpustakaan. Saya memilih perpustakkan Sultanah Bahiyah sebagai sumber rujukan
untuk saya mencari bahan bacaan. Buku yang menjadi rujukan saya ialah buku
bertajuk ‘’konsep keadilan dalam islam’’
oleh Khadduri dan Majid (1994) ‘’masyarakat
islam dibawah naungan kedilan’’ oleh Al Munjid Salahuddin (1988).
No comments:
Post a Comment