Setelah
kedua kali saya membuat rangka, saya membuatnya untuk kali ketiga dan tajuk tersebut
masih lagi berkaitan bahasa. Proses seterusnya saya diminta untuk menyiapkan
draf kasar dimana kita perlu mencari ayat tesis, ini kerana ayat tesis adalah
penting dalam kita menyampaikan tajuk yang ingin disampaikan. Isi yang
disampaikan mestilah sama dengan ayat tesis begitu juga dengan tajuk yang mana
ianya ada perkaitan diantara kedua-dua. Oleh itu saya menyiapkan draf kasar untuk
ditunjukkan kepada pensyarah bagi memberi komen tentang ayat tesis saya. Draf kasar
pertama telah saya tunjukkan kepada pensyarah tetapi tidak diterima ini kerana
ayat tesis saya terlalu banyak dan saya tidak menfokuskan apa yang ingin saya
sampaikan dan tidak megetahui pemilihan ayat tesis tersebut. Saya diminta untuk
menerangkan apa yang ingin disampaikan, tetapi sebaliknya saya tidak dapat
menjelaskan apa yang ingin saya sampaikan. Seterusnya, saya membuat draf kasar
untuk kedua kalinya. Ianya berkaitan dengan sikap penutur dalam berbahasa. Objektif
saya menfokuskan kepada sikap penutur. Setelah saya menyiapkan saya menunjukkan
kepada pensyarah tetapi isi saya tidak diterima ini kerana saya tidak lebih
menceritakan tentang sikap penutur sebaliknya menceritakan tentang bahasa. Apa yang
perlu saya lakukan ialah memahami apa yang sebenarnya ingin saya sampaikan. Saya
mengambil keputusan untuk memilih tajuk ‘’memperkuatkan bahasa Melayu dan
mengukuhkan bahasa Inggeris’'.
Setelah menyiapkan draf, proses
terakhir adalah membuat manuskrip. Saya diminta untuk menulis manuskrip. Dimana
manuskrip ini adalah lebih menceritan secara terperinci mengenai tema saya
iaitu adil. Manuskrip saya hendaklah mempunyai kepanjangan antara 2500-2800
patah perkataan.
No comments:
Post a Comment