Sunday, 18 December 2011

Entri kelima

Proses penyusunan bahan penulisan


Bagi proses penyusunan bahan, langkah awal yang perlu ada dalam penulisan karya ilmiah ialah membuat kajian perpustakaan. Namun begitu, sebelum melakukan kajian perpustakaan terlebih dahulu kita perlu mengetahui topik apa yang ingin kita sampaikan atau perlu kita telitikan. Contohnya, saya akan menulis tentang kajian perpustakaan berkaitan tema adil mengenai (bahasa). Di dalam perpustakaan yang memiliki teknologi yang moden, kita boleh mencari bahan berkaitan tajuk bahasa dan akan muncul beratus-ratus karangan ilmiah dengan topik bahasa, namun begitu ketelitian kita adalah perlu dalam mencari rujukan yang betul. Selain buku, jurnal juga sangat penting untuk bahan penulisan ilmiah. Tetapi untuk topik bahasa, saya tidak menggunakan jurnal. Seterusnya perkara yang perlu ada dalam karya ilmiah ialah menyediakan rangka penulisan. Rangka penulisan adalah sangat penting sebelum memulakan proses penulisan. Contoh rangka penulisan saya adalah mengandungi tajuk yang berkaitan kajian iaitu bahasa, objektif kajian, isi-isi kandungan, kesimpulan dan akhir sekali rujukan. Sebagai permulaan untuk menulis rangka perlulah mempunyai sedikit idea yang berkaitan dengan tajuk. Isi-isi yang saya masukkan adalah sedikit ini kerana sebagai permulaan sebelum saya menghuraikan dengan lebih lagi. Selepas menyiapkan rangka penulisan, langkah seterusnya ialah menyediakan draf kasar. Di dalam draf kasar, adalah perlu saya mencari ayat tesis bagi mengetahui dengan lebih fokus tentang apa yang ingin saya tuliskan atau sampaikan. Ayat tesis saya haruslah mempunyai perkaitan dengan tajuk bahasa. Contoh ayat tesis saya ialah ‘’mempertahankan bahasa Melayu, memperkukuhkan bahasa Inggeris’’ . Di dalam draf kasar juga terdapat perkembangan isi-isi yang telah dituliskan di dalam rangka sebelum ini. Akhir sekali, saya menyediakan manuskrip. Manuskrip yang saya siapkan ialah karya ilmiah dimana ketelitian dibuat berdasarkan  gaya bahasa yang menarik dan sesuai, penggunaan bahasa yang baik. Bagi mengelakkan manuskrip saya ditolak saya perlulah mengelak dari meniru gaya penulisan penulis lain, saya perlu membina identiti saya sendiri. 

No comments:

Post a Comment