Saturday, 8 October 2011

Refleksi

Refleksi ini akan membincangkan persoalan-persoalan mengenai:

Mengapa sarjana-sarjana penulisan mempunyai pendapat-pendapat yang berbeza-beza tentang makna-makna penulisan?


  • Setiap manusia mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza mengenai sesuatu perkara yang dipersoalkan atau yang dibincangkan. Setiap pandangan yang di cetuskan akan menimbulkan satu perbahasan yang akhirnya akan menguraikan persoalan-persoalan yang menjadi perbahasan. Setiap pendapat atau pandangan yang disampaikan adalah berbeza-beza. Kemungkinan yang pertama, mengapa sarjana-sarjana ini mempunyai pandangan yang berbeza-beza adalah kerana setiap manusia dianugerahkan akal yang sama tapi mempunyai fikiran yang berbeza-beza. setiap manusia berhak mengakaji apa yang ingin disampaikan dan membuat huraian pendapat atau pandangan mengikut apa yang telah dikajinya. pemikiran setiap manusia adalah tidak sama. 
Sebagai seorang pembaca, apakah faktor yang penting ketika anda mempertimbangkan untuk membaca sesebuah hasil penulisan?
  • Sebagai seorang pembaca faktor-faktor penting ketika saya mempertimbangkan untuk membaca sesebuah penulisan ialah saya akan mengambil kira jenis sesebuah penulisan sama ada karya tersebut menarik penyampaian dalam menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Cara saya untuk mempertimbangkan bagi pembacaan sesebuah penulisan, saya akan membacanya terlebih dahulu sinopsis yang dibaca, jika membuatkan saya sudah tertarik dengannya untuk membaca sampai habis maka buku itu akan menjadi pilhan saya untuk meneruskan pembacaan saya.



Sunday, 2 October 2011

Entri pertama

Pra penulisan


Pra penulisan ini akan menghuraikan tentang bagaimana saya menyiapkan tugasan kajian perpustakaan yang berkaitan dengan penulisan.Tugasan ini adalah untuk memenuhi syarat bagi memperolehi markah, oleh itu saya perlu menyiapkankan tugasan ini dengan melalui proses-proses yang berkaitan terlebih dahulu. Tugasan yang perlu saya buat ialah membuat kajian perpustakaan berkaitan dengan tema yang diberikan dan tema tersebut perlu dipecahkan dari hasil pemikiran kita untuk mendapatkan satu tajuk khusus.

Proses yang pertama, saya perlu menyiapkan rangka penulisan. Rangka adalah sangat penting dalam apa-apa hal sebelum kita menulis dan menyiapkan sesebuah penulisan. Bagi yang tidak tahu mengenai rangka penulisan memang sukar baginya untuk meneruskan hasil kerjanya dalam penulisan contoh untuk membuat manuskrip, tesis atau lain-lain. Rangka akan menjadi tulang belakang untuk menyusun bahan-bahan. Selepas pencarian bahan kita perlu menyusun bahan-bahan tersebut. Menyusun bahan mengikut bahan mana yang penting atau tidak penting. Selepas menyusun bahan proses untuk menulis boleh dilakukan iaitu dalam bentuk rangka terlebih dahulu. Selepas itu proses untuk menilai, iaitu proses terakhir untuk penyuntingan, noktah terakhir. Perlu menilai supaya isi sesuai dengan tajuk, kesimpulan sesuai dengan isinya. Maknanya  jelas dan tidak kabur. Kefahaman antara pembaca dan penulis ada.

Perkara pertama yang perlu saya buat ialah memahami tajuk yang dipilih. Oleh itu, sebelum kita menulis sesuatu yang ingin kita tulis, pertama sekali kita perlu tahu dan perlu memahami apa yang ingin kita tulis berkaitan dengan tajuk apa yang kita ingin buat.Tajuk pilihan saya adalah berkaitan dengan adil, tajuk khusus dari hasil pemikiran saya adalah 'keadilan dalam islam'. Sebelum saya memilih tajuk ini saya telah memikirkan beberapa tajuk lain yang berkaitan dengan adil. 

Seterusnya, selepas mendapat tajuk yang sesuai, saya telah ke perpustakaan untuk mencari sumber maklumat berkaitan tajuk ini. Perpustakaan Sultanah Bahiyah adalah menjadi pilihan saya untuk mencari maklumat, ini kerana perpustakaan bahiyah adalah perpustakaan dimana tempat saya belajar. Bukan senang untuk cari maklumat ini. Oleh sebab itu, saya juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan dan penggunaan buku ilmiah juga menjadi pilihan dan juga saya menggunakan idea sendiri bagi mendapatkan hasil dan maklumat sendiri iaitu idea asli bagi lebih lengkap.