Sunday, 25 September 2011

Rangka penulisan

Rangka adalah sesuatu yang amat penting dalam menghasilkan sesebuah penulisan. Rangka menjadi tulang belakang untuk penyusunan bahan. Oleh itu saya perlu menyediakan rangka penulisan untuk tugasan kajian perpustakaan ini. Sebelum memulakan apa-apa penulisan mengenai tema yang berkaitan, saya perlu menyiapkan sebuah rangka penulisan.

Untuk karya ilmiah ini saya perlu menyenaraikan apa yang terlintas dan hinggap di benak fikiran saya untuk mendapatkan tajuk khusus bagi tema adil. Apa sahaja yang terlintas di fikiran saya adalah perlu untuk disenaraikan bagi mendapatkan tajuk khusus tersebut.


  • mahkamah
  • undang-undang
  • masa
  • islam
  • negara
  • pelajar
  • agama
  • rakyat
  • masyarakat
  • bahasa
  • buku
  • wanita
  • lelaki
  • keluarga
  • bangsa
  • hak-hak
  • dunia
  • pemberontakan
  • kelaparan
  • kehancuran
  • penindasan

Diantara kesemua senarai-senarai yang terlintas di benak fikiran saya, saya akan mengambil tajuk 'Bahasa' sebagai tajuk khusus saya. Di sini saya akan menerangkan tentang bahasa. Sebab utama saya memilih tajuk ini adalah untuk mengkaji dan mengetahui sejauh mana pengetahuan saya mengenai bahasa dan kemungkinan juga kelebihan untuk mendapatkan isi adalah lebih banyak. Rangka penulisan ini adalah sangat penting sebelum sesuatu penulisan seperti manuskrip dibuat. Di bawah adalah contoh rangka yang telah saya  siapkan berkaitan dengan karya ilmiah saya.

Rangka penulisan
Tema : Adil

Saturday, 24 September 2011

Pengantar penulisan












Subjek pengantar penulisan ini merupakan subjek pilihan yang wajib diambil. Oleh itu saya dikehendaki menghasilkan sebuah tugasan berbentuk ilmiah yang melibatkan kajian perpustakaan, (library research). Saya dikehendaki memilih salah satu daripada tema berikut:


  1. Adil
  2. Setia
  3. Cantik
  4. Mulia
  5. Kosong
Daripada tema-tema ini, saya dikehendaki untuk memilih salah satu tema tersebut dan memikirkan sendiri tajuk khusus yang sesuai dengan isi tugasan berkaitan tema di atas. Untuk kajian ilmiah ini saya telah memilih tema adil sebagai tema untuk tugasan ini. Sebelum saya menerangkan isinya dengan lebih mendalam ingin saya menerangkan apa yang dikatakan dengan pengantar penulisan. Bagi pandangan saya pengantar penulisan ini adalah salah satu subjek yang mengajar kita tentang penulisan dimana kita dapat mengetahui cara-cara menghasilkan sebuah penulisan. Pelajar akan didedahkan dengan peringkat-peringkat dalam penulisan iaitu prapenulisan, penulisan, penyuntingan, pendekatan dalam penulisan, sistem dokumentasi dan aspek tatabahasa bahasa melayu. selain itu pelajar juga akan mempelajari bentuk-bentuk penulisan seperti penulisan ilmiah, kreatif, serta penulisan popular.

Untuk menjadi seorang penulis kita perlu mengetahui teori-teori penulisan, mengenal pasti cara menulis yang betul dan mengenal pasti penggunaan bahasa melayu. Bagi pandangan saya, seorang penulis itu adalah seorang yang berpengetahuan dalam bidang penulisan dimana penulisanya boleh dibaca dan ada pembaca. Dibawah adalah antara nama yang popular sebagai penulis iatu:

  • Za'ba
  • Awang Sariyan
  • Horton
  • Raminah Hj.Sabran
  • A.Samad Said

Thursday, 22 September 2011

Pembuka kalimah bicara.

Gunakan sebaik-baik kurniaan allah s.w.t kepada kita. Halalkan kegunaan akal,hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecermelangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tidak akan kembali. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-kali.